Friday 10 June 2011

Jejak Jejak Dajjal Dalam Sejarah Dunia

                                

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Jadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya,kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak,kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita,dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Insya Allah.

Mengenai Dajjal dalam sumber Islam


Untuk mengetahui atau menjejak Dajjal ini,fahami antara perkara penting yang disampaikan oleh nabi kita Rasullullah s.a.w.



Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”

“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”. Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)” Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”. Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. Kemudia mereka bertanya: “Siapa kamu ini?” Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.” Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.” Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?” Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?” Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”

Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?” Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.” Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?” Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.” Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?” Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”
Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”
Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


Dari sumber Yahudi


“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beastfor it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18)
- ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.-
“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)
- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta-

Kod sejarah mengenai  "manusia hebat","tuhan matahari" dan sebagainya
Kod 1: Horus The One Eyed Sun God  
the-ferons
    simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara iaitu Osiris,Isis dan Horus (simbol mata sebelah kiri adalah Horus) 
                                      
   cerita mengenai Horus telah saya sebutkan sebelum ini,kisahnya adalah sama.Horus adalah salah seorang daripada anak Firaun. Epik terkenal dalam sejarah Horus menceritakan tentang pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa manakala Horus seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar rakyat Mesir dari kekejaman Seth.
Di sini saya ringkaskan cerita mengenai peperangan di antara Horus dan Seth.
Dalam peperangan tersebut Horus bersatu bersama dengan Thoth, Ra dan angkatannya untuk melawan Seth. Atas bantuan Thoth,Horus dan Thoth bergabung dan menukarkan Horus menggunakan kuasa sihir menjadi cakera matahari untuk menentang Seth. Seth yang ketakutan melarikan diri ke Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya dan bersembunyi di dalam sungai tersebut. Horus terus mengejar dan apabila sampai di tebing Sungai Nil,dia telah diserang oleh buaya(Seth) hinggakan matanya buta. Dari kejadian itulah Horus digelar One-Eyed Sun God. Seth terus melarikan diri dan lama selepas itu dia kembali ke Mesir dan melakukan kekejaman terhadap rakyat dan membalas dendam terhadap Horus. Pada satu malam Seth telah menggunakan kebolehan sihirnya dengan menyerupai Horus dan wajah Horus menyerupai Seth. Seth(yakni Horus) telah ditangkap dan dihukum salib oleh Ra. Ketika disalib dan ditikam,wajah Horus kembali pulih ketika matahari mula terbit dan apabila matahari mula cerah,Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat dan berkata DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia,menyatukan Afrika dan Timur Tengah(salah satu dari New World Order) dan memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu mayatnya disemadi dan diangkat ke matahari untuk bersemayam.

daripada Ancient Egyptian Myth Book of the Deads.


Kod 2:Quetzalcoatl, The God of Mayan

Lelaki yang bernama Quetzalcoatl, The God of Mayan ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak,berambut putih,berjanggut dan bermisai. Ada yang mengatakan dia akan reptilia bersisik pada waktu-waktu tertentu. Dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya. Quetzalcoatl juga disembah seperti tuhan.

         pyramid-of-the-sun-in-teotihuacan-mayan
Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap dengan ketiadaan bucu


Melalui buku The Mayan Prophecies menjelaskan tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Pendapat dari buku tersebut adalah selari dengan hadis Tamin Ad-Dari yang mengisahkan yang Tamin berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan dan lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Hadis tersebut turut menceritakan yang Tamin melihat lelaki itu dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk yang bernama Jassasah. Ketika pertemuan itu Tamin ditanya oleh Dajjal mengenai seorang nabi di Tanah Arab dan Tamin menjawab bahawa hampir kesemua orang Arab beriman kepada Allah. Lalu Dajjal menjawab "sesungguhnya masa aku dibebaskan sudah semakin hampir..." Tamin kemudiannya menceritakan kisah itu kepada Rasullullah dan disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Nabi S.A.W.

Teori yang ditulis di dalam buku tersebut juga selari dengan epik Atlantis. Sebuah pulau yang bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Penulis buku tersebut juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan,dan tenggelam sebaik sahaj dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis,pulau Atlantis yang tenggelam itu akan timbul semula apabila akhir zaman kelak.

Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012? Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.


Kod 3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Dalam kod ini pula,saya akan menceritakan tentang sejarah asal tanah keturunan LI(The Li Bloodlines) dinegara China. Sejarah ini mungkin nampak seperti kebetulan tetapi TIDAK. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China hingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak 'Tuhan mereka( Dajjal- God of Pagan) di China semasa era penjajahan mereka.

Monumen dan artifak Terracota Worriors yang ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar berkaitan kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi raja pertama yang menyatukan China (salah satu dari New World Order terawal). Kod kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod kod yang ditinggalkan di Mayan,Mesir serta beberapa lagi lokasi lain di dunia.

3295192203_d9be27ea1b
Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi.
china-pyramid
Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?



Salah satu kod yang ditinggalkan di China juga adalah piramid yang terdapat di wilayah Xian,ianya adalah sama seperti kod yang ditinggalkan tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.

Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan kembali…..penghujung waktu…”

-maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.-

Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi Tuhan.



Kod 4: Piramid Misteri Di Dasar Laut Jepun.

Kod yang keempat ini sememangnya menarik minat saya untuk lebih mengkaji kisah ini. Disini kita akan kongsi kisah di kod yang keempat ini.
Setiap jejak Dajjal yang ditinggalkan di setiap tamadun hanya dapat difahami oleh penyembahnya sahaja. Antaranya ialah piramid yang wujud di seluruh dunis dan mengandungi misteri sejarah. Bagi sejarah purba Jepun,turut terdapat binaan piramid misteri dan masih tidak mempunyai penjelasan yang kukuh berhubung penemuan piramid yang berada di dasar laut Onikawa. Pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut adakah ianya tenggelam atau memang dibina di dasar laut!!??. Menurut perkiraan penyelam Jepun, saiz bagi piramid tersebut dianggarkan 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi. Ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.

japan_1
japan_7
japan_8
okinawa
piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun

Apa yang menarik adalah turut terdapat binaan yang berbentuk hektagon (star of david). Tetapi tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.
Menurut salah satu teori, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.

Kod 5: Obelisk
Obelisk adalah struktur tiang menegak yang mempunyai bucu seakan piramid diatasnya. Ianya wujud sejak dari zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia. Kini ianya terus dibina dibeberapi lokasi tepilih di negara-negara. Kewujudan Obelisk ini turut menjadi satu misteri dan motif pembinaannya terus kekal misteri.


2147981830_5e2bab3f79
Obelisk yang terdapat di Vatican City,kota kristian


obeliskegypt
Obelisk di Mesir


obelisklondon
Obelisk di London


washington
Obelisk di Washington


Di Malaysia juga terdapat binaan yang misteri ini iaitu di Putrajaya


Obelisk di Putrajaya


Ada di antara obelisk ini tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seakan akan meninggalkan mesj pada umat manusia mengenai "seorang manusia". Obelisk yang pertama dibina dipercayai di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM). Mungkin juga ia adalah sebagai satu 'tanda' kehadiran Dajjal di sesuatu lokasi,ia adalah kod mengenai kehadiran Dajjal di situ.

Kod 6: Stonhenge




91545697ba79a5a0


Stonhenge,para pengkaji sejarah menemui fakta bahawa binaan ini dibina pada zaman purba bagi tujuan untuk mengkaji bintang. Ia juga dipercayai menjadi lokasi astrologi oleh manusa purba dan sebagai tempat untuk kegiatan ritual.

Ada yang mengatakan bahawa Stonhenge dibina untuk merekod pergerakan matahari dari ia terbit sehingga terbenam. Kedudukan batu-batu yang dianggarkan seberat 40 tan yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet planet di galaksi bima sakti secara TEPAT.
Ia juga dijadikan sebagai kompas bintang yang menunjukkan arah taburan bintang serta kedudukan planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit,cahayanya akan terus menyuluh ke arah tengah Stonhenge dalam bacaan yang paling tepat dan strategik dengan kedudukan bumi dan matahari.

Persoalan yang timbul adalah untuk apa manusia zaman perba membina monumen seperti ini? atau ia sebenarnya dibina oleh seseorang yang mahu kehebatannya disebut oleh manusia kini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan manusia purba pada ketika itu. ini juga adalah salah satu dari kod yang ditinggalkan oleh pengikut (Dajjal) untuk memberitahu tentang kewujudannya di situ.



stonhenge yang jelas menunjukkan arah timur dan barat,ianya perkiraan yang cukup sempurna






Kod 7: Triniti Agama Pagan


250px-pieter_bruegel_toren_van_babel_groot
Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud



Doktrin Triniti. maksud bagi perkataan ini adalah sesuatu yang masih sukar untuk dijelaskan dan menjadi pertanyaan di dalam agama kristian. Doktrin Traniti ini mula diguna pakai di dalam agama kristian dipercayai bermula pada tahun 325M dalam Konsili Nicea,iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.

Sebelum kedatangan Nabi Isa lagi, peganga Triniti ini telah bermula seawal zaman Babylon,Greek dan Gnostik Yahudi. Gereja Katolik menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai akan triniti seperti dalam kepercayaan dahulu maka dia tergolong dalam golongan "yang tidak dapat diselamatkan". Bermaksu bahawa fahaman akidah triniti ini memang sengaja diserap dalam agama kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat babylon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.

Semua agama pagan sejak dari zaman Babylon mengamalkan kepercayaan kitaran "keluaga Tuhan" yakni Tuhan mempunyai anak. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.

Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.


Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya). (Quran, al-Isra: 85)

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” (Quran, an-Nisa: 171)

“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)

“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak, adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak” (Quran, Maryam: 90)

“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?”(Quran, at-Taubah: 30)

Benarlah kata-kata Allah, Dia tidak mempunyai anak.

Dalam agama Mesir Purba pula,proses kelahiran Horus dan kematiannya adalah sama dengan penyaliban Isa dalam agama kristian. Adakah ianya satu kebetulan atau memang sengaja dirancang untuk diambil kesempatan atas peristiwa salib.

Tiada istilah triniti dalam menghurai kisah ketuhanan yag terdapat dalam Old Testament Yahudi dirujuk sebagai SATU bukan tiga. Akan tetapi kristian melahirkan pula New Testament bagi menyokong triniti. Ianya sememngnya dirancang untuk mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan NEW melengkapkan OLD, dan menolak al Quran (The Final Testament).

Petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN. Tiada langsung satu ayat dalam Old Testament yang menyatakan Tuhan itu lebih dari Satu.


EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me. 
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else. 
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God. 
ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me. 
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.



Dalam satu adis turut menyatakan bahawa Dajjal itu adalah Yahudi dan ianya adalah relevan jika maklumat mengenai dajjal perlu dicari melalui manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui adalah Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki yang berambut panjang,berjanggut serta bermisai sejak zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa),ia adalah bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga,gambaran rupa bentuk Jesus boleh dikatakan sebagai satu lagi kod. Dalam keperrcayaan Kristian juga,Isa dikatakan akan kembali pada akhir zaman dan membunuh The Anti-christ. Pendapat ini sama dengan kepercayaan Islam iaitu Isa akan kembali dan membunuh Dajjal. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. 


Pada tahun 1926,wujud satu agama baru di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol mata satu sebagai simbol ketuhanan. Agama itu turut mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah makin hampir,dia sudah pun dijadikan Tuhan. Agam ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam.namun agama tersebut terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Mungkin perkembangan agama ini sengaja dipilih ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri.ia menjadikan pergerakan agama Cai Dao ini berkembang dengan teratur.

caio-dai-simbol
Simbol agama Cai Dao di Indo-China. Imej satu mata tersebut adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini.




Kod 8: Merlin The Prophet Of Magic




Kod yang kelapan ni pun turut menarik minat aku untuk mengkaji kisah jejak Dajjal ni. Kisah pasal Merlin ni memang popular hinggakan dibuat cerita dan ditayangkan di Malaysia. Mesti kalian pernah tengok cerita berkisah Merlin seorang ahli sihir yang mahu menyelamatkan kerajaan King Arthur? okaylah sekarang saya akan kongsikan kisah mengenai Merlin dan sejarah jejak Dajjal.







Merlin dalam epik King Arthur


Merlin adalah seorang tukang sihir dan penasihat Raja Arthur yakni Raja England yang pertama. Dia digambarkan sebagai seorang tua yang berambut panjang,berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir dan dikatakan sebagai seorang guru yang mengajar King Arthur dan rakyat England semasa pembukaan awal negara itu. Orang England ketika itu menggelar Merlin sebagai nabi sihir.


Perwatakan Merlin dikatakan sering muncul dan hilang. Dikatakan dia kerap ke hutan selama berbulan bulan untuk bersendiri sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai "penyimpan rahsia dunia", "ketua pengetahuan" dan "druid celt terakhir".


Buku Historia Regum Brittaniae yang ditulis pada tahun 1337 oleh Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia tetapi anak syaita yang masih tertakluk pada hukum tuhan. Penulis juga berkata Merlin dilahrkan oleh seorang wanita dari Tanah Putih(Timur Tengah)(mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Kebolehan sihir Merlin dikatakan adalah hasil campuran antara manusia dengan syaitan. Secara langsung pandangan ini selari dengan pandanga ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang dilahirkan wanita dari benih syaitan.


Namun kisah Merlin ini hilang begitu sahaja apabila kuasa England makin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun,berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin memberi mesej dia akan kembali. Stonhenge di Salisbury adalah binaan Merlin yang dikatakan mengankut batu-batu besar tersebut jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England. Monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari satu tarikh pada akhir zaman.(dikatakan tahun 2012 pada kalendar Mayan). Dia juga dikatakan akan kembali pada waktu iaitu ketika bintang Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.






Kod 9: Star Of  David




red-david
Star Of David


Star of David,jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, bintang Star Of David ini mempunyai unsur syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6,dibucu bintang itu tersusun 6 piramid dan ditengah bintan itu terletak sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666,number of the beast,nombor manusia syaitan.


Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi,malah ia juga wujud dalam agama lain selain Yahudi iaitu Hindu. Agama Yahudi terkenal engan sikap mereka yan tidak mahu berkongsi Tuhan,namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?


krishna-playing-the-flute-and-dancing-with-the-milkmaids-ca-1700-1900-in-the-asian-art-museum-san-francisco-southern-india
Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star Of David




monkey-temple-in-kathmandu
Perhatikan simbol Star Of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu,perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang,swastika dalam bulatan matahari




3286689203_b2235fdf03
Juga imej Jesus Christ di tengah bintang Star Of David.


Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan di dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal dari agama yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Mungkin juga agama itu berasal daripada ajaran Tauhid yang terpesong hingga elemen banyak  Tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau mungkin juga India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu kemudian bangsa ini didatangi oleh Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini untuk memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya. lama kelamaan simbol Star Of David ini menjadi sebati dn menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri,sama seperti agama Yahudi. Malah,terdapat juga Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Benda yang menjadi persoalan saya adalah kenapa setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi Tuhan?


Mungkin ada sesetengah yang jadi keliru dengan hadis Rasullullah bahawa Dajjal akan keluar selepas kewafatan Nabi S.A.W. Ingin dijelaskan di sini bahawa Dajjal hanya dipasungsemasa kenabian Nabi Muhammad s.a.w untuk menjauhkan fitnah nabi dari fitnah Dajjal.


Hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau ada menyebut tentang pertanyaan Dajjal kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air tasik di Thabariya. Ini bermakna Dajjal pernah keluar dan ke kawasan tersebut sebelum dipasung. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab mula menerima ajaran Nabi s.a.w dan dia diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mula mengikut ajaran Nabi s.a.w. Lalu Dajjal berkata bahawa waktu untuk dia dibebaskan sudah makin hampir. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman zaman sebelum kelahiran Nabi lagi.


Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak zaman Nabi Sulaiman,atau lebih awal zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal yakni zaman Nabi Nuh. Sepotong ayat dalam hadis menyatakan...."sebagaimana Nabi Nuh memperingati kaumnya..?". Berdasarkan epik Horus ,ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu "akan kembali pada akhir zaman nanti" memberi gambaran bahawa Dajjal telah wujud sebelum kenabian Musa. Horus juga dikaitka dengan 'mata satu' dan menganggap dirinya Tuhan yang akan kembali ke dunia. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah S.W.T. Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok manusia yang menyembahnya. Selepas kewafatan Nabi, lahirlah tamadun Mayan,wujud manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa mesej kod-kod itu adalah sama?


Berdasarkan kod-kod sejarah yang ditinggalkan, Dajjal mungkin sudah lama wujud sebelum kelahiran dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w kemudian dipasung dan dikurung sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Segala rancangan dan persiapan telah dilakukan Dajjal untuk kemunculan 'bergaya' di akhir zama kelak. Dengan izin Allah S.W.T, Dajjal kemudiannya dibebaskan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dan dengan izin Allah S.W.T,janji Allah S.W.T kepada Dajjal adalah ujian terbesar bagi seluruh umat Islam. Bagaimanapun, segala perancangan hebat dan besar yang dilakukan Dajjal tidak lebih besar dari ketentuan Allah S.W.T Yang Maha Bijaksana.


Banyak piramid dan obelisk ditinggalkan tanpa penjelasan yang kukuh. Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi denga pengetahuan terahsia iaitu ILLUMINATI.
Golongan Illuminati ini dijanjikan Dajjal bahawa mereka akan diberi kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan kemunculannya yang terakhir.


Jika direnung,satu per satu kod-kod dan rahsia-rahsia yang tersembunyi melalui kisah-kisah dan binaan-binaan misteri sudah dapat dilihat dengan jelas. Tidak terkecuali di negara kita iaitu kepercayaan Hindu yang menyembah Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari.


Jika kod-kod ini disusun akan mudah untuk difahami sedikit demi sedikit dan apabila sudah dipecahkan maka akan jelas kelihatan satu sistem yang sengaja diwujudkan oleh 'seseorang' sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiranmanusa sejak sekian lama. Kemudian sistem ini diserap masuk kedalam pemikiran manusia dan mejadikan setiap perancangan Dajjal makin mudah diteruskan pada zaman moden ini tanpa disedari.


Ia adalah satu sistem yang sangat licik,halus,teratur,terancang dan bergerak dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama dan menjadikan setiap kaum menentang ajaran Tauhid yang dibawa para Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sistem inilah juga yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia untuk menyembah Allah S.W.T. Ialah yang dikenali sebagai SISTEM DAJJAL


Dajjal adalah seorang manusia dan segala perancangannya pula digerakkan oleh segolongan penyembahnya.


Renung-renungkan lah...Insya Allah.

4 comments:

  1. yg kat putrajaya x nampak mcm obelisk pn. setahu aku obelisk ni syarat dia msti petak 4 penjuru dan terdapat bentuk piramid di atasnya. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. akiemo,pasal yang tu aku pun musykil..cuma pada pandangan saja. Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui segala kejadian di langit dan di bumi. Apa yang dibina di Putrajaya banyak menjadi konspirasi.. Cuma untuk renungan sahaja.

    ReplyDelete
  3. Yang pasal piramid okinawa tu...mungkin boleh disangkal kerana ditemui keris didalamnya..berdasarkan teori saya...ianya kemungkinan tamadun melayu yang hilang....wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. http://kreasimasadepan441.blogspot.com/2017/12/agen-akui-egy-maulana-berada-di-eropa.html
    http://kreasimasadepan441.blogspot.com/2017/12/menhub-terminal-baru-bandara-supadio.html
    http://kreasimasadepan441.blogspot.com/2017/12/pemerintah-jamin-tak-ada-kenaikan-tarif.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At vipkiukiu .net ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM

    ReplyDelete