Wednesday 8 June 2011

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh al jannah.

Dari Sahal bin Sa’ad r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya nilai dunia itu setara dengan sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air (karena nilai dunia di sisi Allah tidak berharga sama sekali, sehingga orang-orang kafir pun diberi keduniawian)

(Tirmidzi)







siapakah al-Masih Dajjal



Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata
satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.
( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Imam Muslim meriwayatkan sebahagian daripada hadis Syukbah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tiada seorang nabi pun yang tidak memberi peringatan kepada umatnya daripada si pendusta bermata satu iaitu Dajjal Al- Masih. Ia adalah bermata satu manakala Tuhanmu tidak bermata satu. Perkataan " Kafir" (Kaf,fa,ra) tertulis di antara kedua matanya".





Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.  Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.

Ayahnya telah bersetubuh dengan anaknya sendiri sehingga lahirlah seorang manusia yg cacat matanya , dan anak ini telah di hanyutkan ke sungai…dalam perjalanan si cacat mata ini telah berselisih dengan Nabi musa a.s yg juga di hanyutkan oleh ibunya yg bimbang si Firaun laknatullah membunuh anaknya kerana telah kedengaran titah di setiap penjuru alam dari raja yg jahat bahawa sesesiapa yg melahirkan anak lelaki pada tahun ini akan di kenakan hukuman bunuh…
Allah menunjukkan sifatnya yag Maha hebat yg mana Nabi Musa a.s telah hanyut menentang arus dan tiba ke istana firaun dan di jaga oleh firaun sendiri selaku sejahat-jahat makhluk dan akhirnya menjadi seorang Nabi yg berakhlak mulia manakala si mata cacat yg juga di kenali dengan nama Samiri telah hanyut kesebuah pulau dan dijaga oleh malaikat Jibrail a.s yg tinggi darjatnya dan si samiri akhirnya menjadi satu makhluk yg paling jahat dan dahsyat! Lebih jahat daripada Firaun! Namrud! dan Qarun!



Kepercayaan orang Yahudi tentang personaliti yang disebut-sebut akan muncul di akhir zaman:
  • Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih
  • Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lain
  • Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yang menjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya) fremason
  • Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)



No comments:

Post a Comment