Sunday 19 June 2011

DAJJAL TELAH TIBA

Tahukah anda bahawa sebenarnya Dajjal telah tiba dan dia telah lama bersama kita? Pada muzakarah kali ini Insya Allah saya akan berkongsi bersama anda mengenai apakah yang dimaksudkan dengan Dajjal telah tiba dan berada bersama kita. Untuk muzakarah ini,terdapat banyak tulisan berbanding sebelumya yang diturut sertakan dengan banyak gambar.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati..”


(Hadith riwayat Ibnu Majah)



Adakah anda rasa bahawa orang yang membuat konspirasi global tentang pembohongan ini boleh melakukannya seorang diri? jika anda banyak megikuti atau menkaji pasal konspirasi ini lebih banyak sejarah yang akan anda pelajari mengenai sejarah golongan elit dan anda akan sedar bahawa sejarah ini sebenarnya hampir lengkap. Tidakkah anda hairan kenapa golongan elit dan ghaib ini sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk satu rancangan yang tidak akan sempat disiapkan dalam jangka hayat mereka? Kerana rancangan ini sebenarnya bukan dirancang dan dirangka oleh mereka tetapi oleh satu kuasa yang lebih "AGUNG". Manusi-manusia yang terlibat dalam rancangan ini sebenarnya telah menjual jiwa mereka untuk rancangan ini dengan balasan mereka akan " mendapat kenikmatan dunia yang terdiri daripada kekayaan duit dan juga kekuasaan". Anda tahu siapa yang untung dalam rancangan ini? Ia menguntungkan Arkitek "New World Order" dan manusia bodoh yang menyokong agendanya. Golongan elit ini patuh sepenuhnya pada rancangan ini adalah kerana mereka sebahagian dari agama mereka. Walaupun mereka nampak seperti beragama Islam, Kristian atau Yahudi pada pandangan awam,tetapi mereka sebenarnya adalah penyembah Iblis secara rahsia dan rancangan ini telah membawa mereka pada tahap tertinggi dalam sistem mereka. Upacara kesyaitanan ini dilakukan oleh golongan elit tersebut di satu tempat yang bernama" Bohemian Grove"


Bohemian Grove



Anda tahu siapa yang dirujuk oleh para Nabi kita berkenaan penipuan di akhir zaman ini? Ia adalah Al Masih Ad-Dajjal. Di dalam Islam Dajjal dikenali sebagai "Al-Aawar Ad-Dajjal" yang bermaksud "penipu bermata satu". Simbol "Mata Satu"  yang digunakan oleh golongan elit ini bukanlah satu kebetulan.




Sepertimana yang saya kongsikan sebelum ini, Dajjal telah memerintah dunia ini sejak dari dulu lagi. Ia adalah benda hidup dan bayangan di dalam kalangan dan minda manusia.

Jika anda melihat piramid pada wang di atas, ia telah pun dibina kecuali pada bahagian atasnya yang kelihatan ada mata yang tergantung di atas piramid dan ia belum turun lagi. Bagi golongan elit ini, mereka percaya sehinggalah mereka menyiapkan projek jahat mereka yang dipanggil "Novus Ordo Seclorum" dan "Anuet Acueptis" yakni dia puas dengan projek kami atau dalam erti kata lain "Tuhan mereka ini puas dengan projek mereka". Projek yang dimaksudkan ialah 'pembulatan' dunia ini iaitu membuang kepercayaan agama dari masyarakat dunia sebab itulah dipanggil "Novus Ordo Seclorum" yakni pemerintahan dunia baru.

Ceramah oleh seorang imam lagenda iaitu Sheikh Imran Hussein pernah menceritakan bahawa Al Quran dan Nabi Muhammad ada menceritakan tentang seorang pelakon yang kuat seperti cerita Yakjuj dan Makjuj iaitu Dajjal,nabi penyelamat palsu. Dia digelar Nabi Penyelamat Palsu kerana misinya adalah untuk meniru Nabi Penyelamat yang sebenar iaitu Nabi Isa a.s. Allah S.W.T telah menghantar Nabi Isa a.s dan ditugaskan untuk menjadi Nabi Penyelamat yang sebenar dan pemerintah dunia ini.

Nabi Muhammad S.A.W pernah mengingatkan umatnya tentang pelepasan Dajjal sewaktu jangka hayat Baginda. Baginda juga berkata apabila Dajjal dibebaskan,dia akan hidup di dunia ini selama 40 hari di mana:


  • Satu hari seperti setahun
  • Satu hari seperti sebulan
  • Satu hari seperti seminggu
  • Hari-hari seterusnya seperti hari-hari yang biasa


Apabila Dajjal berada pada hari satu hari seperti setahun,British merupakan tanah pemerintahannya. Apabila Dajjal berada pada hari satu hari seperti sebulan Amerika merupakan tanah pemerintahannya.
Apabila Dajjal berada pada satu hari seperti seminggu Israel merupakan tanah pemerintahannya.


Dajjal sebenarnya sudahpun melengkapkan fasa dimana satu hari sama seperti setahun dimana Britain adalah kerajaan yang memerintah dunia ini dan nilai pound adalah mata wang antarabangsa. Kemudian Dajjal pergi ke satu hari sama seperti sebulan di mana Amerika menggantikan Britain sebagai negara pemerintah dunia dan U.S dollar menjadi mata wang antarabangsa. Dan sekarang Amerika sedang menyerahkan kekuasaannya kepada Israel sebagai negara pemerintah dunia. Apakah pula mata wang antarabangsa kelak?jawapannya:

" U.S Dollar akan diserang dan ia mula tumpas dan membawa bersamanya kesemua wang kertas di dunia" ini bermakna kita tidak akan lihat apa pun wang kertas selepas itu. Israel akan menggunakan duit halimunan,kita tidak dapat melihatnya, Duit yang tiada bentuk fizikal,kita tidak dapat menyentuhnya. Ia adalah duit elektronik dan benda yang paling bahaya dan pelik mengenai mengenai duit elektronik ini adalah ia dikawal oleh sistem perbankan di seluruh dunia oleh yahudi. Pernyataan ini adalah kebenaran bukanlah satu pernyataan yang tidak sah.

Di dalam Islam, satu tahun di Syurga adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Dari situ kita boleh memahami yang Dajjal memerintah Britain selama 1000 tahun. British telah wujud sejak 900 tahun lagi dan ia bukanlah kebetulan yang monarki.

 Kita lihat:

Pada tahun 1917, Amerika secara rasmi telah melibatkan diri dalam peperangan dunia dan ini adalah langkah mereka untuk menerapkan Amerika sebagai Kuasa Global yang baru. Dari situlah Dajjal memerintah yang mana satu hari sama seperti sebulan.

Jadi jika setahun Syurga bersamaan 1000 tahun
Sebulan akan jadi 1000/12
Bersamaan dengan 83 tahun
1917 + 83 = tahun 2000

Tahun 2000, tahukah anda apa yang terjadi pada tahun 2000? Tahun 2000 lah dimana George Walker Bush iaitu bekas Presiden Amerika mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika.



Setahun selepas Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika, berlaku peristiwa dimana WTC di Amerika diserang dan hasil siasatan terperinci dan peribadi mendapati bahawa kejadian itu merupakan hasil kerja orang dalam. Pada tahun 2002, Afghanistan telah diceroboh oleh Amerika ,pada 2003 Iraq diceroboh, pada 2006 Lebanon diceroboh. Pada tahun-tahun selepas kejadian 11 September, Amerika telah menubuhkan pengkalan pada lebih 10 negara di Timur Tengah dan ini meneguhkan lagi pemerintahan dan keselamatan Israel sebagai ibu negara terakhir pemerintahan dunia baru atau "New World Order" seperti apa yang diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W pada 1400 tahun yang lalu.


Setiap peperangan dan perundingan yang dilakukan adalah untuk perlindungan, penubuhan, dan keselamatan negara Israel. Dajjal akan datang dan mengambil takhtanya di Israel dan selepas dari itu akan bersambunglah dimana satu hari sama seperti hari-hari biasa. Namun, apa yang dijaminkan dalam Al Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W adalah kejayaan pasti akan datang kepada yang mengikut Imam Mahdi dan menyertai perjuangan Nabi Penyelamat sebenar iaitu Nabi Isa a.s.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang
Nabi Isa:

 “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan
memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat.
Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi,
turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”





Tetapi yang sedihnya, ramai yang mengikuti Nabi Penyelamat Palsu iaitu Dajjal dan mempercayainya sebagai Nabi Penyelamat sebenar kerana mereka bukan dari golongan yang beriman dan yang betul-betul mengkaji ketibannya.



Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.
Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan Tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal;

Hendaklah ia berkata :
“Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (dugaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”



Remung-renungkan
Insya Allah

Friday 17 June 2011

MESEJ YANG TERLALU JELAS.

Untuk info kali ini,aku lari jauh sket tentang cerita-cerita yang aku kongsikan sebelum ini sebab aku agak tertarik dengan perkara yang aku nak ceritakan kali ini. tetapi kisah mengenai sejarah-sejarah yang diasaskan Dajjal masih akan di 'post' dan dikongsikan bersama anda.



Semua pasti tahu akan band LINKIN PARK kan? Aku pun tahu dan aku jugalah salah satu daripada big fans band ni dulu. Setelah sekian lama,baru-baru ini Linkin Park telah melancarkan klip video terbaru mereka yang menjadi lagu tema bagi filem yang juga diminati ramai iaitu TRANSFORMERS. Apabila aku menonton video klip ini buat pertama kalinya aku agak terkejut dengan mesej yang disampaikan oleh band ini. Mesej yang disampaikan berkaitan tentang "teori konspirasi".



Lalu aku ambil pendekatan untuk memonton video pembikinan untuk lagu ini dan apa yang aku dapati mereka berkata bahawa filem ketiga ini lebih serius dan ini bermakna dua siri transformers sebelum ini hanyalah hiburan semata-mata. Lagu IRIDESCENT ini dipilih kerana menggambarkan tentang "isi hati manusia yang dibelenggu oleh sesuatu,yang mahu bebas". Penyanyi band ini iaitu Mike Shinoda berkata bahawa lagu ini adalah mengenai 'humanity'.





Setelah berulang kali menonton klip video ini dan mengamatinya, ini yang aku dapat kongsikan dan tafsir mengenai klip video ini.


  • Mike Shinoda sebagai "the one eyes blind man a.k.a Dajjal"
  • anngota lain Linkin Park yang duduk di meja makan adalah seperti "the last upper" yang diketuai oleh Mike Shinoda.
  • Chaster yang duduk di antara dua tiang Freemason.
  • Logo Linkin Park yang seakan Freemason.
  • Dj Hans seolah-oleh dengan tabut as-sakinah.
  • Di awal lagu terdapat geometrik Islam.
  • Ular yang dipegang Mike Shinoda melambangkan satanic.
  • Dibelakang Bumble Bee terdapat unfinished piramid, stargate (the black hole)di ground level dan sebuah planet diatasnya.
  • Rob yang berjubah semasa winged disk aka nibiru things.
  • Dua anjing diantara Mike Shinoda, "melambangkan anjing pharoah yang dianggap sebagai suci bagi zaman Firaun."

Tak banyak yang dapat aku tafsirkan buat masa ini kerana makna disebalik lagu ini terlalu rumit dan mendalam. Insya Allah jika diizinkan Allah aku akan menambah sedikit sebanyak info disebalik klip video ini.

Renung-renungkan..



    ALEJANDRO-LADY GAGA


    Lagu Alenjandro ni mesti diketahui ramai dan menjadi nyanyian di bibir setiap orang yang meminatinya. Mungkin aku agak sedikit terlewat untuk menceritakan apa sebenarnya di sebalik lagu ini. Bagaimanapun aku akan berkongsi sekali lagi tentang lagu yang mempunyai maksud yang terlalu mendalam ini.




    Di dalam video ini mengandungi simbolik dan saya akan cuba terangkan. Ramai yang mengetahui bahawa Lady Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan ILLUMINATI. Ada jalan cerita yang tersembunyi di dalam lagu dan klip video ini dan anda diminta bukan membaca dengan mata tapi dengan minda.


    Pada permulaan klip video ini,terdapat sekumpulan lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa di antara dari mereka ditutup kepala menggunakan sarung. Mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam atau sebab. Salah seorang adalah dalam bentuk piramid dan selebihnya memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

    Lirik:

    "I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."



    Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat lihat Lady Gaga di depan mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati  biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).




    Lirik:

    But I just can't be with you like this anymore, Alejandro

    Siapakah Alenjandro? Lelaki yang tidak dapat bersamanya? dan kemudian curang dengan Roberto dan Fernando? Alejandro sebenarnya bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam... Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


                                                  The All Seeing Eye

    Lady Gaga kemudiannya dipaparkan dalam bentuk seperti berkedudukan sebagai seorang yang berkuasa dengan memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudiannya mengeluarkan google disebelah kanannya dan sekaligus mempamerkan simbol ILLUMINATI, The All-Seeing Eye (ianya dutunjukkan beberapa kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.



    The All Seeing Eye 2The All Seeing Eye 3

    Selepas itu terdapat lagi sebuah adegan simbolik seperti gambar yang tertera di atas di mana seorang tentera dipasang di string seperti boneka yang jelas menunjukkan bahawa seseorang sedang "control" dia atau istilah bagi golongan ILLUMINATI ini adalah "mind control slave". Tentera tersebut kelihatan tidak boleh mengawal  pergerakannya sendiri dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah tentera tersebut nampak kosong dan bingung betul-betul seperti seorang hamba yang pergerakannya di kawal oleh Lady Gaga si ILLUMINATIST.


                      Rahib Gaga

    Dalam adegan ini, Lady Gaga sedang berbaring,memakai red latex suit yang dipakai oleh biarawati (kristian) dan memegang tasbih. Sewaktu scene ini, Lady Gaga kelihatan sedang memandang ke langit dan menyanyi part "Stop, please, just let me go, Alejandro"Sewaktu 'Alejandro" disebut Lady Gaga mengangkat kedua-dua tangannya ke langit. Dalam scene ini kita boleh nampak dengan jelas bahawa "Alejandro" merujuk kepada Tuhan dan bukannya manusia. 


    Lirik:

    She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you.


    Perkataan 'A Halo' di dalam lirik ini bermaksud dianggap 'suci' (holy), 'Around her finger' (cincin kahwin) merupakan penyatuan Lady Gaga dengan Tuhan melalui agama, tetapi sekarang dia malu denagn pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Lalu dia menyembunyikan cincin tersebut di 'Bolsilo' nya. 'Bolsilo' dalam bahasa Sepanyol bermaksud poket dan mula menyalahkan Tuhan.


    Sebaik lirik tersebut dinyanyikan, konsep penolakan (rejection) yang ditujukan pada Tuhan bermula kerana Tuhan dinyatakan tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan rohani Lady Gaga. Dia kemudiannya memutuskan untuk mencari ketuhana diri dengan memeluk satu spiritual yang baru. Klip video ini lebih menunjukkan yang Lady Gaga telah bertukar dari biarawati kepada Paderi Luciferian (syaitan). Kenapa saya katakan Paderi Syaitan? Lihat gambar di bawah.




                                         Rahib Gaga 2
                                              (Mata satu simbolik kepada ILLUMINATI)

    Anda boleh lihat pada jubah yang dikenakan Lady Gaga pada gambar diatas. Banyak mempunyai simbol salib terbalik dan ini telah membawa maksud yang jelas. Untuk pengetahuan anda,simbol salib membawa maksud keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus dan kebangkitan. Dalam agama Kristian,salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St. Peter" sebagai tanda menghormati Simon Peter yang meminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasakan tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian yang lain. Tapi dalam kalangan bukan Kristian,simbol ini merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.



                                     Makan Tasbih Gaga

    Selepas itu adegan Lady Gaga memasukkan tasbih ke dalam mulutnya. Sepertimana yang kita tahu,tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Di dalam agama kita yakni Islam juga turut mempunyai tasbih. Dengan menelan tasbih, Lady Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Lady Gaga mendapatkan ketuhanan dan keilahian dengan cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer dan jelas menunjukkan yang Lady Gaga bukan menyembah Tuha tetapi Lucifer yakni Iblis.



    Simbol Jesus


    Lirik:

    I'm not your babe, I'm not your babe, Fernando


    Sewaktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat satu simbol iaitu seperti yang anda boleh lihat di atas. Simbol tersebut jelas merujuk pada Jesus. Simbol tersebut adalah tanda berkat bagi penganut Kristian, Katolik yang mereka anggap suci. Anda jangan menganggap simbol yang dibuat oleh Lady Gaga itu hanyalah suka-suka kerana setiap simbol yang dibuat oleh Lady Gaga membawa makna yang tersendiri dan kita sebagai penontan yang perlu tafsir...




                                       Salib

    Anda lihat terdapat lambang salib di belakan Lady Gaga. Dia sudah terlalu banyak menghina agama Kristian di dalam klip video ini. Seperti yang anda sedang lihat pada gambar tersebut,Lady Gaga sedang memandang ke atas sambil mengulangi lirik "Don't call my name, Don't call my name bye Fernando".




                                     Kawal Gaga

    Di akhir klip video ini,anda boleh melihat Lady Gaga dilampirkan bersama dengan string,sama seperti pada permulaan lagu di mana seorang tentera bersama string. Pada mulanya Lady Gaga mengawal tentera tersebut dan di akhir video Lady Gaga pula dikawal oleg string tersebut. Persoalannya dikawal oleh siapa? Melalui klip video ini anda boleh berfikir siapalah yang 'control' Lady Gaga. Dalang, ketua? siapakah? Pasti anda dapat dan mampu mencari jawapannya.


    Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)




    Renung- renungkan.



















    Wednesday 15 June 2011

    TOWER OF BABEL-konspirasi dunia.

    Alhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui Segala Di Langit Dan Di Bumi atas keizinan Nya dapat juga aku meneruskan muzakarah ini. Untuk kisah kali ini,aku ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai Tower Of Babel.


    TOWER OF BABEL.

    Ketahuilah wahai sekalian bahawa kita adalah golongan manusia di akhir zaman dan ketibaan Dajjal/The Anti-Christ/ The False Messiah sudah makin hampir sangat dengan kita. Jika anda perasan,binaan agung pada peradaban dahulu telah dibina kembali untuk menyambut kedatangan Dajjal Laknatullah. Dengan bantuan pengikutnya yang telah sekian lama berkhidmat untuk Azazil menentang Allah S.W.T Yang Maha Esa. Salah satu binaan penting yang dibina untuk menyambut kedatangan Dajjal Laknatullah ini adalah Tower Of  Babel.




    Dajjal Laknatullah ini telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah S.W.T. Tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang Allah Maha Pencipta dan bersekongkol dengan Azazil. Sepanjang peradaban manusia,Dajjal telah meninggalkan banyak tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda kehadirannya adalah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya pada zaman itu,iaitu Tower Of Babel. Taman tergantung Babylon,Piramid,Tembok Besar China,Stonhenge,semuanya adalah idea dari Dajjal seperti yang saya ceritakan sebelum ini.

    Menara,Obelisk dan Piramid merupakan asas-asas binaan Dajjal Laknatullah di seluruh dunia untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit.(Insya Allah akan diceritakan dalam muzakarah akan datang). Piramid,obelisk itu adalah cara pengumpulan tenaga dan tenaga yang disalurkan adalah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dialirkan adalah tenaga positif. Ia adalah konsep yang mudah untuk difahami kan? Tower Of Babel ada disebutkan di dalam Al-Quran. Firaun telah mengarahkan pembinaan sebuah binaan tinggi untuk mencabar kekuasaan dan cuba memperlekehkan kuasa Allah S.W.T

    Maksud surah Al-Qasas ayat 38:

    Dan Firaun pula berkata "wahai orang-orangku,aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku, oleh itu wahai Haman bakarkanlah bagiku batu-bata,serta binalah untukku bangunan yang tinggi supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".

    Bangunan-bangunan tinggi yang dimaksudkan Firaun itu dengan nama lainnya dikenali sebagai Tower Of Babel. Cerita tentang Tower Of Babel ada juga disebut dalam Bible dan dipercayai oleh penganut Kabbalah. Salah satu binaan moden yang berasaskan Tower Of Babel ialah Parlimen EU.



    Akhir zaman ini manusia dilihat berlumba-lumba membina bangunan tinggi atau menara pencakar langit termasuk orang Islam. Mana-mana negara yang mempunyai bangunan tinggi dianggap maju dan menjadi kebanggaan dan mercu tanda negara tersebut. Ini merupakan petanda hari kiamat sepertimana yang diriwayat dalam hadis Shohih Bukhori :

    "ketika pengembala(unta dan kambing) berlumba-lumba memdirikan bangunan tinggi, itu menjadi petanda tibanya kiamat."





    kedudukan 10 bangunan tertinggi di dunia.












    Jika kita melihat pada hari ini,bangunan yang tertinggi di dunia ialah Burj Dubai atau Burj Khalifa. Ketinggian menara Dubai mencapai 828meter (2,717 kaki). Dibina pada 21 September 2004 dan siap pada 1 Oktober 2009. Ia dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Kos pembinaan menara ini dianggar berjumlah AS $1.5 Billion.



    Berikutan pembinaan menara tersebut,satu perkara aneh telah berlaku iaitu kabus menyelubungi seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab apa sebenarnya yang telah berlaku kerana Dubai belum pernah mengalami kabus seperti itu. Kemungkinan kabus itu adalah disebabkan pengumpulan tenaga negatif yang telah meng'ion'kan tenaga sekeliling menara itu untuk terus ke langit.

    Burj & Fog (Taken with Instagram at Burj Khalifa برج خليفة)


    Bukan Dubai saja,di nagara kita turut mengalami hal yang sama. Secara tidak sedar kita telah menyumbang untuk menyalurkan tenaga untuk kemunculan Dajjal.




    Dajjal tidak akan muncul selagi tenaga negatif tersebut tidak sampai ke tahap tertentu. Apabila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) Dajjal ini akan keluar dari tempat persembunyiannya. Inilah yang diusahakan oleh pengikut Dajjal diseluruh Dunia. Bila ramai yang tidak melakukan ibadat kepada Allah S.W.T dan makin ramai melakukan maksiat,secara automatik tenaga nagatif yang dihasilkan lebih banyak dari tenaga positif dan melalui binaan seperti obelisk,piramid dan menara inilah yang menyalurkan tenaga negatif itu.


    gambaran tentang bangunan pencakar langit akhir zaman.

    Renung-renungkan lah. Insya Allah...

    Saturday 11 June 2011

    KAITAN NAMRUD DAN DAJJAL,ILLUMINATI

    kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini.  Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
    Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab.  Contoh kata  ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah  ”Ridda” yang  bermaksud  ”murtad”.
    Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud.  Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq).  Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
    Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
    Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
    Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.  Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu‘benih seorang wanita’.
    Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak  itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
    Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud.  Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah  Semiramis dengan Namrud;



    Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).   Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds  dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun.  Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.




    Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
    Kejadian  10 : 8  Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
    10 : 9  ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
    Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
    Kejadian  11 : 1  Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
    11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
    11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
    11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
    11 : 5  Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
    11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
    11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
    11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
    11 : 9  Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
    Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons.  Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
    Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.