Friday 17 June 2011

MESEJ YANG TERLALU JELAS.

Untuk info kali ini,aku lari jauh sket tentang cerita-cerita yang aku kongsikan sebelum ini sebab aku agak tertarik dengan perkara yang aku nak ceritakan kali ini. tetapi kisah mengenai sejarah-sejarah yang diasaskan Dajjal masih akan di 'post' dan dikongsikan bersama anda.



Semua pasti tahu akan band LINKIN PARK kan? Aku pun tahu dan aku jugalah salah satu daripada big fans band ni dulu. Setelah sekian lama,baru-baru ini Linkin Park telah melancarkan klip video terbaru mereka yang menjadi lagu tema bagi filem yang juga diminati ramai iaitu TRANSFORMERS. Apabila aku menonton video klip ini buat pertama kalinya aku agak terkejut dengan mesej yang disampaikan oleh band ini. Mesej yang disampaikan berkaitan tentang "teori konspirasi".



Lalu aku ambil pendekatan untuk memonton video pembikinan untuk lagu ini dan apa yang aku dapati mereka berkata bahawa filem ketiga ini lebih serius dan ini bermakna dua siri transformers sebelum ini hanyalah hiburan semata-mata. Lagu IRIDESCENT ini dipilih kerana menggambarkan tentang "isi hati manusia yang dibelenggu oleh sesuatu,yang mahu bebas". Penyanyi band ini iaitu Mike Shinoda berkata bahawa lagu ini adalah mengenai 'humanity'.





Setelah berulang kali menonton klip video ini dan mengamatinya, ini yang aku dapat kongsikan dan tafsir mengenai klip video ini.


  • Mike Shinoda sebagai "the one eyes blind man a.k.a Dajjal"
  • anngota lain Linkin Park yang duduk di meja makan adalah seperti "the last upper" yang diketuai oleh Mike Shinoda.
  • Chaster yang duduk di antara dua tiang Freemason.
  • Logo Linkin Park yang seakan Freemason.
  • Dj Hans seolah-oleh dengan tabut as-sakinah.
  • Di awal lagu terdapat geometrik Islam.
  • Ular yang dipegang Mike Shinoda melambangkan satanic.
  • Dibelakang Bumble Bee terdapat unfinished piramid, stargate (the black hole)di ground level dan sebuah planet diatasnya.
  • Rob yang berjubah semasa winged disk aka nibiru things.
  • Dua anjing diantara Mike Shinoda, "melambangkan anjing pharoah yang dianggap sebagai suci bagi zaman Firaun."

Tak banyak yang dapat aku tafsirkan buat masa ini kerana makna disebalik lagu ini terlalu rumit dan mendalam. Insya Allah jika diizinkan Allah aku akan menambah sedikit sebanyak info disebalik klip video ini.

Renung-renungkan..



    ALEJANDRO-LADY GAGA


    Lagu Alenjandro ni mesti diketahui ramai dan menjadi nyanyian di bibir setiap orang yang meminatinya. Mungkin aku agak sedikit terlewat untuk menceritakan apa sebenarnya di sebalik lagu ini. Bagaimanapun aku akan berkongsi sekali lagi tentang lagu yang mempunyai maksud yang terlalu mendalam ini.




    Di dalam video ini mengandungi simbolik dan saya akan cuba terangkan. Ramai yang mengetahui bahawa Lady Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan ILLUMINATI. Ada jalan cerita yang tersembunyi di dalam lagu dan klip video ini dan anda diminta bukan membaca dengan mata tapi dengan minda.


    Pada permulaan klip video ini,terdapat sekumpulan lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa di antara dari mereka ditutup kepala menggunakan sarung. Mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam atau sebab. Salah seorang adalah dalam bentuk piramid dan selebihnya memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

    Lirik:

    "I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."



    Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat lihat Lady Gaga di depan mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati  biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).




    Lirik:

    But I just can't be with you like this anymore, Alejandro

    Siapakah Alenjandro? Lelaki yang tidak dapat bersamanya? dan kemudian curang dengan Roberto dan Fernando? Alejandro sebenarnya bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam... Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


                                                  The All Seeing Eye

    Lady Gaga kemudiannya dipaparkan dalam bentuk seperti berkedudukan sebagai seorang yang berkuasa dengan memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudiannya mengeluarkan google disebelah kanannya dan sekaligus mempamerkan simbol ILLUMINATI, The All-Seeing Eye (ianya dutunjukkan beberapa kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.



    The All Seeing Eye 2The All Seeing Eye 3

    Selepas itu terdapat lagi sebuah adegan simbolik seperti gambar yang tertera di atas di mana seorang tentera dipasang di string seperti boneka yang jelas menunjukkan bahawa seseorang sedang "control" dia atau istilah bagi golongan ILLUMINATI ini adalah "mind control slave". Tentera tersebut kelihatan tidak boleh mengawal  pergerakannya sendiri dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah tentera tersebut nampak kosong dan bingung betul-betul seperti seorang hamba yang pergerakannya di kawal oleh Lady Gaga si ILLUMINATIST.


                      Rahib Gaga

    Dalam adegan ini, Lady Gaga sedang berbaring,memakai red latex suit yang dipakai oleh biarawati (kristian) dan memegang tasbih. Sewaktu scene ini, Lady Gaga kelihatan sedang memandang ke langit dan menyanyi part "Stop, please, just let me go, Alejandro"Sewaktu 'Alejandro" disebut Lady Gaga mengangkat kedua-dua tangannya ke langit. Dalam scene ini kita boleh nampak dengan jelas bahawa "Alejandro" merujuk kepada Tuhan dan bukannya manusia. 


    Lirik:

    She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you.


    Perkataan 'A Halo' di dalam lirik ini bermaksud dianggap 'suci' (holy), 'Around her finger' (cincin kahwin) merupakan penyatuan Lady Gaga dengan Tuhan melalui agama, tetapi sekarang dia malu denagn pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Lalu dia menyembunyikan cincin tersebut di 'Bolsilo' nya. 'Bolsilo' dalam bahasa Sepanyol bermaksud poket dan mula menyalahkan Tuhan.


    Sebaik lirik tersebut dinyanyikan, konsep penolakan (rejection) yang ditujukan pada Tuhan bermula kerana Tuhan dinyatakan tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan rohani Lady Gaga. Dia kemudiannya memutuskan untuk mencari ketuhana diri dengan memeluk satu spiritual yang baru. Klip video ini lebih menunjukkan yang Lady Gaga telah bertukar dari biarawati kepada Paderi Luciferian (syaitan). Kenapa saya katakan Paderi Syaitan? Lihat gambar di bawah.




                                         Rahib Gaga 2
                                              (Mata satu simbolik kepada ILLUMINATI)

    Anda boleh lihat pada jubah yang dikenakan Lady Gaga pada gambar diatas. Banyak mempunyai simbol salib terbalik dan ini telah membawa maksud yang jelas. Untuk pengetahuan anda,simbol salib membawa maksud keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus dan kebangkitan. Dalam agama Kristian,salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St. Peter" sebagai tanda menghormati Simon Peter yang meminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasakan tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian yang lain. Tapi dalam kalangan bukan Kristian,simbol ini merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.



                                     Makan Tasbih Gaga

    Selepas itu adegan Lady Gaga memasukkan tasbih ke dalam mulutnya. Sepertimana yang kita tahu,tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Di dalam agama kita yakni Islam juga turut mempunyai tasbih. Dengan menelan tasbih, Lady Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Lady Gaga mendapatkan ketuhanan dan keilahian dengan cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer dan jelas menunjukkan yang Lady Gaga bukan menyembah Tuha tetapi Lucifer yakni Iblis.



    Simbol Jesus


    Lirik:

    I'm not your babe, I'm not your babe, Fernando


    Sewaktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat satu simbol iaitu seperti yang anda boleh lihat di atas. Simbol tersebut jelas merujuk pada Jesus. Simbol tersebut adalah tanda berkat bagi penganut Kristian, Katolik yang mereka anggap suci. Anda jangan menganggap simbol yang dibuat oleh Lady Gaga itu hanyalah suka-suka kerana setiap simbol yang dibuat oleh Lady Gaga membawa makna yang tersendiri dan kita sebagai penontan yang perlu tafsir...




                                       Salib

    Anda lihat terdapat lambang salib di belakan Lady Gaga. Dia sudah terlalu banyak menghina agama Kristian di dalam klip video ini. Seperti yang anda sedang lihat pada gambar tersebut,Lady Gaga sedang memandang ke atas sambil mengulangi lirik "Don't call my name, Don't call my name bye Fernando".




                                     Kawal Gaga

    Di akhir klip video ini,anda boleh melihat Lady Gaga dilampirkan bersama dengan string,sama seperti pada permulaan lagu di mana seorang tentera bersama string. Pada mulanya Lady Gaga mengawal tentera tersebut dan di akhir video Lady Gaga pula dikawal oleg string tersebut. Persoalannya dikawal oleh siapa? Melalui klip video ini anda boleh berfikir siapalah yang 'control' Lady Gaga. Dalang, ketua? siapakah? Pasti anda dapat dan mampu mencari jawapannya.


    Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)




    Renung- renungkan.



















    No comments:

    Post a Comment