Sunday 19 June 2011

DAJJAL TELAH TIBA

Tahukah anda bahawa sebenarnya Dajjal telah tiba dan dia telah lama bersama kita? Pada muzakarah kali ini Insya Allah saya akan berkongsi bersama anda mengenai apakah yang dimaksudkan dengan Dajjal telah tiba dan berada bersama kita. Untuk muzakarah ini,terdapat banyak tulisan berbanding sebelumya yang diturut sertakan dengan banyak gambar.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati..”


(Hadith riwayat Ibnu Majah)



Adakah anda rasa bahawa orang yang membuat konspirasi global tentang pembohongan ini boleh melakukannya seorang diri? jika anda banyak megikuti atau menkaji pasal konspirasi ini lebih banyak sejarah yang akan anda pelajari mengenai sejarah golongan elit dan anda akan sedar bahawa sejarah ini sebenarnya hampir lengkap. Tidakkah anda hairan kenapa golongan elit dan ghaib ini sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk satu rancangan yang tidak akan sempat disiapkan dalam jangka hayat mereka? Kerana rancangan ini sebenarnya bukan dirancang dan dirangka oleh mereka tetapi oleh satu kuasa yang lebih "AGUNG". Manusi-manusia yang terlibat dalam rancangan ini sebenarnya telah menjual jiwa mereka untuk rancangan ini dengan balasan mereka akan " mendapat kenikmatan dunia yang terdiri daripada kekayaan duit dan juga kekuasaan". Anda tahu siapa yang untung dalam rancangan ini? Ia menguntungkan Arkitek "New World Order" dan manusia bodoh yang menyokong agendanya. Golongan elit ini patuh sepenuhnya pada rancangan ini adalah kerana mereka sebahagian dari agama mereka. Walaupun mereka nampak seperti beragama Islam, Kristian atau Yahudi pada pandangan awam,tetapi mereka sebenarnya adalah penyembah Iblis secara rahsia dan rancangan ini telah membawa mereka pada tahap tertinggi dalam sistem mereka. Upacara kesyaitanan ini dilakukan oleh golongan elit tersebut di satu tempat yang bernama" Bohemian Grove"


Bohemian Grove



Anda tahu siapa yang dirujuk oleh para Nabi kita berkenaan penipuan di akhir zaman ini? Ia adalah Al Masih Ad-Dajjal. Di dalam Islam Dajjal dikenali sebagai "Al-Aawar Ad-Dajjal" yang bermaksud "penipu bermata satu". Simbol "Mata Satu"  yang digunakan oleh golongan elit ini bukanlah satu kebetulan.




Sepertimana yang saya kongsikan sebelum ini, Dajjal telah memerintah dunia ini sejak dari dulu lagi. Ia adalah benda hidup dan bayangan di dalam kalangan dan minda manusia.

Jika anda melihat piramid pada wang di atas, ia telah pun dibina kecuali pada bahagian atasnya yang kelihatan ada mata yang tergantung di atas piramid dan ia belum turun lagi. Bagi golongan elit ini, mereka percaya sehinggalah mereka menyiapkan projek jahat mereka yang dipanggil "Novus Ordo Seclorum" dan "Anuet Acueptis" yakni dia puas dengan projek kami atau dalam erti kata lain "Tuhan mereka ini puas dengan projek mereka". Projek yang dimaksudkan ialah 'pembulatan' dunia ini iaitu membuang kepercayaan agama dari masyarakat dunia sebab itulah dipanggil "Novus Ordo Seclorum" yakni pemerintahan dunia baru.

Ceramah oleh seorang imam lagenda iaitu Sheikh Imran Hussein pernah menceritakan bahawa Al Quran dan Nabi Muhammad ada menceritakan tentang seorang pelakon yang kuat seperti cerita Yakjuj dan Makjuj iaitu Dajjal,nabi penyelamat palsu. Dia digelar Nabi Penyelamat Palsu kerana misinya adalah untuk meniru Nabi Penyelamat yang sebenar iaitu Nabi Isa a.s. Allah S.W.T telah menghantar Nabi Isa a.s dan ditugaskan untuk menjadi Nabi Penyelamat yang sebenar dan pemerintah dunia ini.

Nabi Muhammad S.A.W pernah mengingatkan umatnya tentang pelepasan Dajjal sewaktu jangka hayat Baginda. Baginda juga berkata apabila Dajjal dibebaskan,dia akan hidup di dunia ini selama 40 hari di mana:


  • Satu hari seperti setahun
  • Satu hari seperti sebulan
  • Satu hari seperti seminggu
  • Hari-hari seterusnya seperti hari-hari yang biasa


Apabila Dajjal berada pada hari satu hari seperti setahun,British merupakan tanah pemerintahannya. Apabila Dajjal berada pada hari satu hari seperti sebulan Amerika merupakan tanah pemerintahannya.
Apabila Dajjal berada pada satu hari seperti seminggu Israel merupakan tanah pemerintahannya.


Dajjal sebenarnya sudahpun melengkapkan fasa dimana satu hari sama seperti setahun dimana Britain adalah kerajaan yang memerintah dunia ini dan nilai pound adalah mata wang antarabangsa. Kemudian Dajjal pergi ke satu hari sama seperti sebulan di mana Amerika menggantikan Britain sebagai negara pemerintah dunia dan U.S dollar menjadi mata wang antarabangsa. Dan sekarang Amerika sedang menyerahkan kekuasaannya kepada Israel sebagai negara pemerintah dunia. Apakah pula mata wang antarabangsa kelak?jawapannya:

" U.S Dollar akan diserang dan ia mula tumpas dan membawa bersamanya kesemua wang kertas di dunia" ini bermakna kita tidak akan lihat apa pun wang kertas selepas itu. Israel akan menggunakan duit halimunan,kita tidak dapat melihatnya, Duit yang tiada bentuk fizikal,kita tidak dapat menyentuhnya. Ia adalah duit elektronik dan benda yang paling bahaya dan pelik mengenai mengenai duit elektronik ini adalah ia dikawal oleh sistem perbankan di seluruh dunia oleh yahudi. Pernyataan ini adalah kebenaran bukanlah satu pernyataan yang tidak sah.

Di dalam Islam, satu tahun di Syurga adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Dari situ kita boleh memahami yang Dajjal memerintah Britain selama 1000 tahun. British telah wujud sejak 900 tahun lagi dan ia bukanlah kebetulan yang monarki.

 Kita lihat:

Pada tahun 1917, Amerika secara rasmi telah melibatkan diri dalam peperangan dunia dan ini adalah langkah mereka untuk menerapkan Amerika sebagai Kuasa Global yang baru. Dari situlah Dajjal memerintah yang mana satu hari sama seperti sebulan.

Jadi jika setahun Syurga bersamaan 1000 tahun
Sebulan akan jadi 1000/12
Bersamaan dengan 83 tahun
1917 + 83 = tahun 2000

Tahun 2000, tahukah anda apa yang terjadi pada tahun 2000? Tahun 2000 lah dimana George Walker Bush iaitu bekas Presiden Amerika mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika.



Setahun selepas Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika, berlaku peristiwa dimana WTC di Amerika diserang dan hasil siasatan terperinci dan peribadi mendapati bahawa kejadian itu merupakan hasil kerja orang dalam. Pada tahun 2002, Afghanistan telah diceroboh oleh Amerika ,pada 2003 Iraq diceroboh, pada 2006 Lebanon diceroboh. Pada tahun-tahun selepas kejadian 11 September, Amerika telah menubuhkan pengkalan pada lebih 10 negara di Timur Tengah dan ini meneguhkan lagi pemerintahan dan keselamatan Israel sebagai ibu negara terakhir pemerintahan dunia baru atau "New World Order" seperti apa yang diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W pada 1400 tahun yang lalu.


Setiap peperangan dan perundingan yang dilakukan adalah untuk perlindungan, penubuhan, dan keselamatan negara Israel. Dajjal akan datang dan mengambil takhtanya di Israel dan selepas dari itu akan bersambunglah dimana satu hari sama seperti hari-hari biasa. Namun, apa yang dijaminkan dalam Al Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W adalah kejayaan pasti akan datang kepada yang mengikut Imam Mahdi dan menyertai perjuangan Nabi Penyelamat sebenar iaitu Nabi Isa a.s.


Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang
Nabi Isa:

 “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan
memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat.
Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi,
turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”





Tetapi yang sedihnya, ramai yang mengikuti Nabi Penyelamat Palsu iaitu Dajjal dan mempercayainya sebagai Nabi Penyelamat sebenar kerana mereka bukan dari golongan yang beriman dan yang betul-betul mengkaji ketibannya.



Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.
Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan Tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal;

Hendaklah ia berkata :
“Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (dugaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”



Remung-renungkan
Insya Allah

1 comment: